Kisah Kejayaan
Adik Syazran


Adik Syazran merupakan anak yang kedua daripada empat adik beradik. Beliau tinggal di Johor dan bersekolah di Sk Kota Masai Johor. Apabila musim cuti sekolah, adik Syazran akan pulang ke rumah nenek nya di Kg Kulim . beliau sering berkunjung ke PI dan sering menyertai kelas-kelas yang dianjurkan di PI. adik Syazran telah berdaftar menjadi ahli PI pada awal tahun 2016.


Sebelum menjadi ahli Pusat Intenet 1 Malaysia Kg Gong Kulim, Adik Syazran lebih banyak melayan video permainan serta menonton cerita di utube. Selepas berdaftar menjadi ahli PI , adik Syazran berminat untuk menyertai kelas kelas yang diadakan di PI. selepas menyertai kelas yang anjurkan di PI, tahap pengetahuan adik Syazran terhadap bidang ICT semakin meluas. Beliau semakin cekap menaip menggunakan komputer dan beliau juga sering menggunakan Paint untuk melukis
Apa yang dipelajari melalui PI
- Kelas ICT (pengenalan komputer)
- Cara penggunaan Paint
- Kelas tayangan dengan ujian nilai murni
- Kelas menaip
- Download and upload gambar melalui internet.
Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT?
PI telah membantu adik Syazran untuk bijak mrnggunakan kemudahan yang terdapat di PI. Selain daripada itu, tahap pengetahuan adik Syazran terhadap ICT semakin meluas. Beliau juga semakin bijak menggunakan Paint tanpa bantuan staf PI.
Adik Zulkhairi


Adik Zulkhairi atau lebih dikenali sebagi eyie merupakan anak tunggal. Beliau bersekolah di sekolah Kebangsaan Kulim. Adik Eyie tinggal bersama ibu saudaranya kerana ibunya bekerja di Johor. Adik Eyie merupakan anak yatim. Ayah beliau meninggal ketika usia beliau 3 tahun. Adik Eyie sering berkunjung ke PI Gong Kulim dan mula berdaftar menjadi ahlI PI pada tahun 2017. Adik Eyie sering menyertai kelas yang diadakan di PI.

Sebelum memjadi ahli Pusat Intenet 1 Malaysia Kg Gong Kulim, Adik Eyie lebih banyak menghabiskan masa dengan melayari utube dan juga bemain internet di telefon. Selepas berdaftar menjadi ahli PI pada tahun 2017,adik Eyie mula menyertai kelaskelas yang sering diannjurkan di Pusat Internet. Tahap pengetahuan adik Eyie terhadap ICT juga semakin meluas. Adik Eyie sering membawa buku nota bersamanya untuk mencatat apa yang dipelajari di dalam kelas tersebut.
Apa yang dipelajari melalui PI
- Kelas ICT (pengenalan komputer)
- Microsoft office (Word & Power Point)
- Cara penggunaan Paint
- Kelas tayangan dengan ujian nilai murni
- Kelas menaip
- Download and upload gambar melalui internet
Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
PI telah membantu adik eyie supaya menggunakan kemudahan internet dengan perkara yang berfaedah. Selain daripada itu, hasil daripada kelas-kelas yang dianjurkan di P1IM , tahap pengetahuan adik Eyie terhadap ICT semakin meluas. Adik Eyie semakin cekap menaip menggunakan komputer. Beliau juga semakin berminat menggunakan Microsoft Office untuk melukis,menaip dan sebagainya.
Perniagaan Online Puan Zu


Puan Zu atau lebih dikenali sebagai kak zu merupakan seorang surirumah tangga yang mempunyai dua orang anak iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan. Suami Kak Zue, En. Taufiq adalah seorang buruh kasar. Kak Zue berasal dari Bandar Pasir Puteh manakala suaminya berasal dari Kampung Gong Kulim dan kini mereka menetap di Kampung suaminya, Gong Kulim.
Sebelum menjadi agen emas, kak zue pernah menjalankan perniagaan online seperti menjual pakaian wanita dan juga aksesori wanita. Sebelum melibatkan diri dengan PI, tahap pengetahuan kak zue berkaitan bidang ICT agak kurang. Beliau tidak tahu bagaimana untuk mempromosikan bisnes beliau di media sosial. Selain daripada itu, beliau kurang yakin untuk menjadikan media sosial sebagai tempat untuk mempromosikan bisnes beliau.
Selepas didedahkan dengan penggunaan ICT, dan menjadi salah seorang ahli PI yang terawal(2015),kak zue semakin bijak menggunakan media sosial sebagai platform untuk beliau mempromosikan bisnes beliau. Selain daripada itu, kak zue juga sering ke PI untukbelajar bagaimana untuk mencipta ayat untuk menarik pelanggan. Hasil penglibatan dengan PI,pendapatan kak zue juga semakin meningkat dari rm800 ke rm1500 sebulan.

Apa yang dipelajari melalui PI
Kelas ICT – mempelajari bagaimana untuk menggunakan Microsoft Office dengan betul dan cekap.Kelas Usahawan – mempelajari bagaimana untuk melakukan cara pengiklanan produuk yang lebih berkesan melalui Facebook page, Instagram,Wechat dan sebagainya. Membuat modal rolling untuk menambah produk jualan. Membuka mata dengan lebih luas untuk membuat pelbagai cara untuk melakukan aktiviti promosi setiap hari dan cara untuk menangkap keiinginan pelanggan dengan lebih tepat. Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT. PI banyak mengadakan kelas-kelas INTEL keusahawanan dan ICT yang sesuai untuk semua peringkat umur. Sijil UMK yang disediakan dapat membantu ramai anak muda untuk lebih tertarik untuk menjalani kelas – kelas yang diadakan diPI. PI juga banyak mengadakan kelas berkaitan keusahawanan yang sesuai untuk semua usahawan seperti kelas prhotoshop, kelas mengambil gamba dan kelas poster untuk membuat iklan produk kami.
Wan Zalikha


Wan Zalikha atau lebih dikenali sebagai ika merupakan surirumah tangga sepenuh masa. Beliau mempunyai seorang anak perempuan yang berumur 3 tahun. Suami ika bekerja sebagai buruh kasar. Ika mula menceburi bisnes online pada awal tahun. Sebelum berdaftar menjadi ahli PI, pengetahuan ika terhadap bidang ict agak kurang memuaskan. Ika tidak cekap menaip menggunakan keyboard komputer. Ika juga kurang yakin untuk mempromosikan bisnes beliau di media sosial.

Selepas didedahkan dengan penggunaan ICT,sambutan terhadap bisnes ika semakin berkembang dan mendapat perhatian ramai. Ika juga semakin yakin menjadikan media sosial (fb) sebagai platform utama beliau untuk mempromosikan bisnes kuaci viral tersebut.
Apa yang dipelajari melalui PI
- Kelas ICT – mempelajari bagaimana untuk menggunakan Microsoft Office dengan betul dan cekap. Emmbuat kertas kerja dan menyimpan data- data perniagaan seperti modal dan keuntungan dengan lebih teratur dan kemas.
- Kelas Usahawan – mempelajari bagaimana untuk melakukan cara pengiklanan produuk yang lebih berkesan melalui Facebook. Bagaimana PI membantu perkembanganperniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
PI banyak mengadakan kelas-kelas INTEL keusahawanan dan ICT yang sesuai untuk semua peringkat umur. Sijil UMK yang disediakan dapat membantu ramai anak muda untuk lebih tertarik untuk menjalani kelas – kelas yang diadakan diPI. PI juga banyak mengadakan kelas berkaitan keusahawanan yang sesuai untuk semua usahawan seperti kelas prhotoshop, kelas mengambil gamba dan kelas poster untuk membuat iklan produk kami.
Auni Sharmila Binti Shairan


Adik Auni merupakan salah seorang ahli PIK Gong Kulim yang mula berdaftar menjadi ahli pada awal tahun 2020 bersama kawan-kawannya. Adik Auni sering berkunjung ke PIK untuk sekiranya mempunyai tugasan daripada gurunya. Beliau juga sering menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan di PIK Gong Kulim seperti kelas Tambahan Matematik,Kelas ICT dan sebagainya
Antara kelas yang dihadiri oleh Adik Auni ialah :
- Kelas Pengenalan ICT
- Kelas Microsoft Office (Word & Excel)
- Kelas Latihan Matematik
- eKelas Live Streaming
Bagaimana PIK membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
Dengan adanya pelbagai kelas ICT, ia dapat membantu Adik Auni untuk meningkatkan lagi tahap kemahiran menggunakan komputer didalam menyelesaikan tugasan sekolah dan sebagainya. PIK juga harus menyediakan kepelbagaian kelas ICT untuk menarik lebih ramai komuniti untuk datang dan dapat melahirkan lebih ramai golongan yang celik IT. PIK juga dapat membantu Adik Auni belajar dan menyelesaikan tugas secara berkumpulan dan mewujudkan sifat bersaing secara sihat bersama rakan-rakannya.
Wan Batrisyia Auni Bt Wan Badrul Hisham


Adik Batrisyia merupakan salah seorang ahli PIK Gong Kulim yang mula berdaftar menjadi ahli pada awal tahun 2020 bersama kawan-kawannya. Adik Batrisyia sering berkunjung ke PIK untuk sekiranya mempunyai tugasan daripada gurunya. Beliau juga sering menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan di PIK Gong Kulim seperti kelas Tambahan Matematik,Kelas ICT dan sebagainya.
Antara kelas yang dihadiri oleh Adik Batrisyia ialah :
- Kelas Pengenalan ICT
- Kelas Microsoft Office (Word & Excel)
- Kelas Latihan Matematik
- eKelas Live Streaming
Bagaimana PIK membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
Dengan adanya pelbagai kelas ICT, ia dapat membantu Adik Batrisyia untuk meningkatkan lagi tahap kemahiran menggunakan komputer didalam menyelesaikan tugasan sekolah dan sebagainya. PIK juga harus menyediakan kepelbagaian kelas ICT untuk menarik lebih ramai komuniti untuk datang dan dapat melahirkan lebih ramai golongan yang celik IT. PIK juga dapat membantu Adik Batrisyia belajar dan menyelesaikan tugas secara berkumpulan dan mewujudkan sifat bersaing secara sihat bersama rakan-rakannya.
Darlina Binti Kamarudin


Puan Darlina atau lebih dikenali sebagai Puan Alin merupakan seorang usahawan roti, kek dan kuih muih yang dikenali di sekitar Pasir Puteh sebelum beliau berjaya membuka premis perniagaan beliau sendiri di kampung halamannya di Tanah Merah Kelantan. Pada awal beliau berpindah ke Kelantan, beliau menjalankan perniagaan dari rumah dan beliau turut meletakkan produk produk beliau di kedai runcit sekitar bandar Pasir Puteh. Selain daripada itu, beliau turut mengambil tempahan orang ramai untuk sebarang majlis.
Pada pertengahan tahun 2020, beliau berjaya membuka premis kedai roti beliau sendiri yang beroperasi di Tanah Merah Kelantan. Antara kelebihan produk roti Puan Alin adalah roti yang sentiasa baru dan segar daripada oven. Beliau sentiasa menjaga kualiti produk yang dihasilkan supaya dapat menarik lebih ramai pelanggan untuk berkunjung ke premis perniagaan beliau. Beliau juga turut menyediakan perkhidmatan COD di Kawasan sekitar Tanah Merah sekiranya ada pelanggan beliau yang tidak dapat keluar rumah.
Selepas terlibat dengan PIK, Puan Alin semakin kerap memuat naik status perniagaan beliau di laman social seperti di FB. Beliau juga semakin aktif menggunakan FB sebagai sumber utama untuk mempromosikan perniagaan beliau. selepas terlibat dengan PIK, perniagaan beliau semakin mendapat sambutan yang menggalakkan. Pendapatn bulanan beliau juga semakin meningkat sekitar RM600 ke RM800 sebulan.
Apa yang dipelajari melalui PIK
- Mempelajari bagaimana cara untuk mempromosikan bisnes di laman sosial seperti Facebook .
- Mempelajari cara untuk mengambil gambar produk dan cara-cara untuk mengolah gambar tersebut dengan menarik.
- Belajar bagaimana untuk memcipta ayat-ayat yang menarik dan berkesan untuk mempromosikan perniagaan di laman sosial mereka.
- Belajar cara untuk menggunakan computer dan kemudahan internet.
Bagaimana PIK membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
- Pusat Internet Komuniti Gong Kulim membantu Puan Alin dimana PIK turut mempromosikan perniagaan Puan Alin melalui laman sosial PIK.
- PIK memantau dan merekod hasil jualan usahawan selepas kelas-kelas dijalankan kepada usahawan tersebut.
- Menyediakan kelas keusahawanan yang sesuai dengan perniagaan para usahawan sekitar PIK.
- Menyediakan kelas ICT sebagai asas di dalam menghasilkan rekod perniagaan kepada usahawan.
Nur Shaqiera Binti Mat Peli


Puan Nur Shaqiera atau lebih dikenali sebagai Puan Qiera merupakan seoranng suri rumah tangga sepenuh masa. Beliau merupakan seorang usahawan yang baru berjinak dengan perniagaan online.Pada awalnya, Puan Qiera hanya sekadar membantu adik iparnya mempromosikan produk Mouthgasm di laman social beliau seperti FB dan juga melalui status Whatsapp. Antara kelebihan Mouthgasm ialah merupakan chocojar pertama berperisa coklat mocha dimana terdapat babycrunch dan cookies flakes di dalam satu bekas. Puan Qiera turut menyediakan perkhidmatan melalui poslaju dan juga COD.Selepas terlibat dengan PIK, Puan Qiera semakin kerap memuat naik status perniagaan beliau di laman social seperti di status Whatsapp sebagai permulaan. Beliau juga sering memuatnaik status testimoni pelanggan beliau di laman social untuk menarik lebih ramai pelanggan.
Apa yang dipelajari melalui PIK
- Mempelajari bagaimana cara untuk mempromosikan bisnes di laman social
- Mempelajari cara untuk mengambil gambar produk dan cara-cara untuk mengolah gambar tersebut dengan menarik
Bagaimana PIK membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
- Pusat Internet Komuniti Gong Kulim membantu Puan Qiera dimana PIK turut mempromosikan perniagaan Puan Qiera melalui laman sosial PIK.
- PIK memantau dan merekod hasil jualan usahawan selepas kelas-kelas dijalankan kepada usahawan tersebut.
- Menyediakan kelas keusahawanan yang sesuai dengan perniagaan para usahawan sekitar PIK.
- Menyediakan kelas ICT sebagai asas di dalam menghasilkan rekod perniagaan kepada usahawan
Norma Binti Sulaiman


Puan Norma atau lebih mesra diberi gelaran sebagai Kak Ma merupakan seorang suri rumah tangga sepenuh masa. Beliau mula menceburi perniagaan online pada tahun 2020 kerana ingin mencari pendapatan sampingan berikutan Pandemik Covid masih lagi berleluasa sedikit sebanyak memberi impak kepada Kak Ma dan keluarga. Selepas terlibat dengan PIK, Kak Ma sedikit sebanyak menampakkan hasil apabila beliau semakin aktif muatnaik status berkaitan dengan perniagaan beliau di laman social seperti Facebook dan juga di status Whatsapp. Beliau juga tahu bagaimana untuk mengambil gambar pelanggan semasa Cod sambal Bilis tersebut
Apa yang dipelajari melalui PIK
- Mempelajari bagaimana cara untuk mempromosikan bisnes di laman sosial .
- Diberi pengetahuan bagaimana cara untuk mengambil gambar pelanggan sebagai testimoni beliau.
Bagaimana PIK membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
- Pusat Internet Komuniti Gong Kulim membantu Kak Ma dimana PIK turut mempromosikan perniagaan Kak Ma melalui laman sosial PIK.
- PIK memantau dan merekod hasil jualan usahawan selepas kelas-kelas dijalankan kepada usahawan tersebut.
- Menyediakan kelas keusahawanan yang sesuai dengan perniagaan para usahawan sekitar PIK.
- Menyediakan kelas ICT sebagai asas di dalam menghasilkan rekod perniagaan kepada usahawan.