Sosioekonomi Dan Keusahawanan
Pengusaha Madu Kelulut
Penggusaha madu kelulut yang diusahakan oleh en suhaimi merupakan satu-satunya yang terdapat dikampung ini. Madu kelulut ini pernah disiarkan di televisyen iaitu didalam Jaguh Kampung.
Peladang (Sos Maggi Dapur Panas)
Peladang bagi penanaman cili ini merupakan usahasama peladang dengan orang kampung. Selain daripada itu, ia juga memberi peluang pekerjaan kepada orang kampung.
Tukang Jahit Kak Long
Antara sosio ekonomi bagi golongan wanita di kampung Gong Kulim ialah mengambil upah sebagai tukang jahit. Mereka bersaing secara sihat antara satu sama lain. Selain daripada itu, orang kampung akan menilai mereka dari segi kualiti jahitan dan juga harga yang ditawarkan.
Kedai Baja Peladang
Bersebelahan dengan tukang jahit Kak Long, beliau turut menjual pelbagai jenis baja atau makanan haiwan ternakan seperti makanan lembu, kambing, ayam dan sebagainya. Kedai ini bersebelahan dengan kedai jahit Kak Long.
Kedai Runcit
Penggusaha kedai runcit juga merupakan salah satu sosioekonomi di Kampung Gong Kulim.
Usahawan Santan Segera
Bagi kebanyakkan surirumah di Kampung Kulim, mereka lebih suka bekerja dari rumah seperti menjual santan segera kepada penduduk kampung.
Pesawah
Menanam padi merupakan salah satu sosio ekonomi yang dijalankan di Kampung Kulim.
Peniaga Restoran
Kebanyakkan surirumah di Kampung Kulim ini membuka kedai makan seperti restoran, kedai mee celup dan sebagainya.
Kedai Runcit Barangan Muslim


Pengusaha kedai runcit barangan Muslim yang diusahakan oleh Kak Lah semakin dikenali oleh komuniti sekitar dan juga kampung-kampung berhampiran. Lokasi kedai runcit tersebut yng terletak bersebelahan dengan Pusat Internet Komuniti (PIK) Kg Gong Kulim dimana memudahkan komuniti untuk mencari premis perniagaan Kak Lah. Perniagaan yang diusahakan oleh Kak Lah adalah merupakan satu keputusan yang bijak dimana Kak Lah merupakan satu-satunya peniaga yang menjual barangan Muslim di Kawasan tersebut. Selain daripada itu, Kak Lah juga turut menyediakan perkhidmatan fotokopi di premis beliau. Untuk sebarang pertanyaan, beliau boleh di hubungi di talian 019-556 2064.
Kak Ju Ayam Gunting


Puan Nor Zulaiha Binti Ramlay berusia 29 tahun atau lebih dikenali sebagai Kak Ju dikalangan penduduk kampung. Lokasi gerai beliau bersebelahan dengan PIK Gong Kulim dan merupakan lokasi yang strategik. Selain menjadi ejen ayam gunting Uncle Bob, beliau turut menjual pelbagai jenis minuman dan makanan untuk dijadikan kudapan tengahari bagi pelajar sekolah dan ibu bapa. Gerai beliau sering menjadi perhatian kaum ibu dan juga pelajar apabila pulang dari sekolah dan diwaktu minum petang. Untuk sebarang pertanyaan, beliau boleh di hubungi di talian 019-700 4736.