Pendidikan
Tadika KEMAS Sri Kulim

Tadika ini terletak berhadapan dengan sekolah kebangsaan Kulim. Kebanyakan penduduk di kg gong kulim akan mengantar anak-anak mereka ke tadika ini. Keluasan tadika ini boleh memuatkan seramai 25 orang pelajar sahaja.
Sekolah Kebangsaan Kulim

Sekolah kebangsaan kulim ini dapat menampung seramai 350 orang pelajar beserta guru seramai 30 orang. Sekolah ini satu-satunya menjadi pilihan penduduk kampung untuk menghantar anak-anak mereka untuk menuntut ilmu.
Kolej Vokasional (KV Pasir Puteh)


Kolej Vakasional Pasir Puteh (KVPP) mula beoperasi dengan pengambilan pertama pada Jun 2017. Kursus yang ditawarkan adalah Agro Industri Tanaman, Agro Industri Ternakan Ruminan, Agro Industri Ternakan Poltri dan Perakaunan. Permohonan boleh di buat melalui pautan https//:spskt4.moe.gov.my. Semua pemohon perlu meduduki pentaksiran secara berpusa di 555 pusat penaksiran yang ditetapkan seluruh negara.
Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh


Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh atau Science Pasir Puteh Secondary School,dikenali dengan nama ringkasnya SCIPP (Science Pasir Puteh), merupakan satu-satunya sekolah menengah berasrama penuh perempuan di Pantai Timur. Sekolah ini terletak di Jalan Jeram Pasu, Pasir Puteh, Kelantan. Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh ialah salah sebuah Sekolah Kluster Kecemerlangan di daerah Pasir Puteh. Sekolah ini mula beroperasi secara rasmi pada tahun 1998 bersamaan 1418 Hijrah