Buku Skrap Tokoh Kemerdekaan Part I
27 Ogos 2022 | Aktiviti TerkiniPada 26 Ogos 2022, PEDi Gong Kulim telah menganjurkan satu aktiviti sempena hari kemerdekaan dan juga Hari Malaysia di PEDi Gong Kulim. Kelas yang berlangsung selama 2 jam disertai oleh pelajar sekolah Kulim seramai 5 orang pelajar di dalam bilik latihan PEDi Gong Kulim. Sebelum kelas berlangsung, staf PEDi terlebih dahulu memberi penerangan tentang asas penggunaan Microsoft Word kepada para peserta. Para peserta juga diberi pengenalan tentang tokoh-tokoh kemerdekaan di Malaysia. Para peserta di ajar cara untuk muat turun latar belakang buku skrap sesuai dengan tema kemerdekaan.
Seterusnya para peserta di ajar cara untuk memasukkan latar belakang yang telah di muat turun ke dalam Microsoft Word. Sepanjang penubuhan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Gong Kulim telah berjaya memainkan peranan membantu komuniti sekitar Kg Gong Kulim mengenali serta mempelajari asas menggunakan komputer dan internet untuk menyelesaikan tugas harian. Secara tidak langsung dapat melahirkan lebih ramai golongan usahawan yang celik ICT sejajar dengan arus kemodenan masa kini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: