Kelas Microsoft Word
8 September 2022 | Aktiviti TerkiniPada 7 September 2022, telah berlangsungnya satu kelas ICT di PEDi Gong Kulim kepada seorang pelajar sekolah rendah yang merupakan ahli PEDi. Kelas ICT tersebut ialah cara menggunakan microsoft Word untuk menyiapkan tugasan kerja kursus subjek Sejarah yang bertajuk Tokoh Kemerdekaan. Kelas yang berlangsung lebih kurang 1 jam lebih dapat membantu pelajar tersebut menyiapkan kerja kursus tersebut.
Sepanjang kelas berlangsung, staf PEDi membantu para pelajar cara untuk muat turun gambar tokoh dengan teknik dan cara yang betul supaya gambar tersebut kelihatan jelas dan cantik. Para pelajar juga turut di ajar cara untuk menggunakan gambarn yang telah dimuat turun untuk digunakan di dalam buku skrap. Selain daripada itu,pelajar tersebut turut teruja untuk menerokai Microsoft Word dengan lebih mendalam dimana mereka diajar cara untuk pemilihan jenis tulisan(font), saiz tulisan (font size) yang bersesuaian untuk dijadikan tajuk dan juga pemilihan warna. Pelajar tersebut turut diajar cara untuk menyimpan Salinan kerja kursus dan juga cara untuk memindahkan fail tersebut ke dalam pendrive untuk di cetak.
Dengan adanya kelas-kelas ICT di Pusat Ekonomi Digital Gong Kulim, secara langsung dapat membantu komuniti serta pelajar-pelajar sekitar PEDi untuk mengenali serta mempelajari asas menggunakan komputer dan internet untuk menyelesaikan tugas harian. Secara tidak langsung juga dapat melahirkan lebih ramai golongan ibu bapa dan pelajar yang celik IT sejajar dengan arus kemodenan masa kini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: