Mencipta Email & Online Banking
25 Mei 2022 | Aktiviti TerkiniPada 24 Mei 2022, PEDi Gong Kulim telah dikunjungi oleh Puan Rukma di mana beliau memerlukan bantuan kakitangan PEDi untuk belajar mencipta email dan juga belajar cara menggunakan online banking.
Sebelum kelas mencipta email berlangsung,staf PEDi terlebih dahulu memberi penerangan tentang maklumat serta kata laluan yang mudah dan selamat untuk melindungi akaun email Puan Rukma. Staf PEDi juga turut memberi penerangan tentang kebaikan serta keburukan sekiranya kata laluan yang dibuat tidak selamat dan terlalu mudah untuk di godam. Seterusnya, staf PEDi memberi tunjuk ajar kepada Puan Rukma untuk mengisi maklumat yang diperlukan untuk mencipta email sehingga selesai. Di dalam masa yang sama juga dapat melatih Puan Rukma membiasakan diri menaip menggunakan papan kekunci.
Seterusnya , Puan Rukma meminta tunjuk ajar daripada staf PEDi untuk menggunakan online banking. Staf PEDi bersedia membantu Puan Rukma untuk menggunakan online banking seperti cara untuk muat turun penyatan bulanan akaun. Selain daripada itu, staf PEDi turut memberi tunjuk ajar kepada Puan Rukma cara untuk membuat pembayaran secara atas talian dan sebagainya.
Sepanjang penubuhan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Gong Kulim telah berjaya memainkan peranan membantu komuniti sekitar Kg Gong Kulim mengenali serta mempelajari asas menggunakan komputer dan internet untuk menyelesaikan tugas harian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: