dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kampung Gong Kulim, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook
    facebook

Kelas ICT – Kerja Kursus Subjek Perniagaan

17 Oktober 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Oktober 2022, telah berlangsungnya satu kelas ICT di dalam bilik latihan PEDi Gong Kulim untuk pelajar sekolah menengah yang merupakan ahli PEDi. Kelas ICT tersebut ialah cara menggunakan microsoft Word dan juga Excel untuk menyiapkan tugasan kerja kursus subjek Perniagaan. Kelas yang berlangsung lebih kurang 2 jam lebih dapat membantu pelajar tersebut menyiapkan kerja kursus tersebut.

Sepanjang kelas berlangsung, staf PEDi membantu para pelajar menggunakan Microsoft word seperti cara untuk membina jadual, cara untuk menggunakan jenis text box, pemilihan jenis tulisan(font), saiz tulisan (font size) yang bersesuaian untuk dijadikan tajuk dan sebagainya. Staf PEDi turut membantu pelajar cara menggunakan page number untuk dimasukkan disetiap muka surat tugasan. Akhir sekali, para pelajar di ajar cara untuk menyimpan tugasan di dalam bentuk PDF bagi mengekalkan tugasan kekal di dalam format semasa mencetak. Dalam penggunaan excel, staf PEDi membantu para pelajar cara untuk membina graf perniagaan masing-masing.

Dengan adanya kelas-kelas ICT di Pusat Ekonomi Digital Gong Kulim, secara langsung dapat membantu komuniti serta pelajar-pelajar sekitar PEDi untuk mengenali serta mempelajari asas menggunakan komputer dan internet untuk menyelesaikan tugas harian. Secara tidak langsung juga dapat melahirkan lebih ramai golongan ibu bapa dan pelajar yang celik IT sejajar dengan arus kemodenan masa kini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© Semua Hakcipta Terpelihara..