Kemaskini Akaun MySejahtera
13 Januari 2022 | Aktiviti TerkiniPada 12 Januari 2022, PEDi Gong Kulim telah dikunjungi oleh Puan Norliawati yang ingin memohon bantuan kakitangan PEDi untuk kemaskini aplikasi mysejahtera di android. Puan Norliawati ingin menambah tanggungan iaitu anak-anaknya ke dalam aplikasi beliau bagi memudahkan beliau sekiranya ingin memasuki mana-mana premis perniagaan dan sebagainya.
Puan Norliawati diberi penerangan tentang cara mengisi maklumat tanggungan yang ingin di masukkan ke dalam aplikasi beliau. Seterusnya, Puan Norliawati dipantau oleh kakitangan PEDi sepanjang proses mengemaskini akaun tersebut. Kakitangan PEDi juga mengajar Puan Norliawati untuk sentiasa update status Covid19 di aplikasi beliau. Kelas secara personal yang berlangsung selama 1 jam di PEDi Gong Kulim masih menitik-beratkan pematuhan SOP.
Sepanjang penubuhan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Gong Kulim telah berjaya memainkan peranan membantu komuniti sekitar Kg Gong Kulim mengenali serta mempelajari asas menggunakan komputer dan internet untuk menyelesaikan tugas harian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: