dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kampung Gong Kulim, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook
    facebook

Mendaftar Tahun 1 Sesi 2022 (SPS)

15 Mac 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Mac 2021, salah seorang penjaga yang juga merupakan ahli PIK Gong Kulim datang ke PIK untuk mendaftar pengguna baru Sistem Pengurusan Sekolah Tahun 1 anaknya bagi tahun 2022. Puan Fazlina memohon tunjuk ajar daripada staf PIK cara untuk mengisi pendaftaran sekolah secara atas talina. Puan Fazlina diajar cara mengakses laman web KPM iaitu public.moe untuk ke Sistem Pengurusan Sekolah.

Seterusnya, diberi penerangan untuk mendaftar pengguna baru dan mencipta kata laluan yang kukuh serta mudah diingati. Aktiviti yang berlangsung selama 1 jam di PIK Gong Kulim masih menitik-beratkan pematuhan SOP sepanjang tempoh PKP. Dengan adanya Pusat Internet Komuniti sangat membantu komuniti serta pelajar-pelajar sekitar Pusat Internet Komuniti untuk menyelesaikan tugas harian. Secara tidak langsung dapat melahirkan lebih ramai golongan ibu bapa dan pelajar yang celik IT sejajar dengan arus kemodenan masa kini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2021 Semua Hakcipta Terpelihara.