Kelas Microsoft Excel
7 November 2021 | Aktiviti TerkiniPada 6 November 2021 , PIK Gong Kulim telah mengadakan satu kelas ICT iaitu Kelas Microsoft Excel. Kelas yang berlangsung selama 2 jam disertai seramai 3 orang peserta yang merupakan ahli PIK Gong Kulim yang sering berkunjung ke PIK Gong Kulim. Kelas tersebut dikendalikan oleh kakitangan PIK dimana para peserta terlebih dahulu di beri pengenalan asas tentang Microsoft Excel dan fungsi serta kaedah untuk menggunakan Microsoft tersebut. Selain daripada itu, para peserta turut diberi contoh excel yang telah disediakan oleh kakitangan PIK untuk rujukan sepanjang kelas berlangsung. Para peserta juga turut diajar cara untuk menyimpan dokumen dalam bentuk excel ke dalam folder masing-masing. Kakitangan PIK juga turut mengajar cara untuk menyimpan dokumen dalam bentuk excell kepada PDF kepada para peserta.
Sepanjang tempoh PKP, PIK Gong Kulim telah beropeasi secara terhad di mana para pengunjung yang ingin menggunakan kemudahan di PIK hendaklah membuat janji temu terlebih dahulu dan jumlah pengunjung hanya 5 orang sahaja. Sepanjang berada di dalam premis , para pengunjung dikehendaki sentiasa memakai penutup muka dan hidung dan menjaga penjarakan fizikal yang telah di tetapkan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: