dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kampung Gong Kulim, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook
    facebook

ICT – Puzzle Merdeka & Advokasi

20 September 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 19 September 2020, seramai 7 orang ahli Pusat Internet Gong Kulim telah menyertai kelas ICT Puzzle Merdeka bersempena Sambutan Hari Merdeka dan juga Hari Malaysia. Kelas tersebut berlangsung selama 3 jam bermula pada pukul 10:00 pagi dan berakhir pada pukul 1:00 tengahari. Kelas dimulakan dengan tanyangan slide advocacy. Seterusnya peserta diperkenalkan dengan aplikasi Puzzle di pc masing-masing. Peserta turut diajar bagaimana untuk memuat naik gambar Jalur Gemilang daripada Google untuk dimasukkan di dalam Puzzle masing-masing.

Dengan adanya kelas-kelas seperti ini dapat membantu para peserta mengisi masa hujung minggu mereka dengan perkara yang berfaedah dan bermanfaat. Mereka sangat teruja didedahkan dengan sesuatu permainan berkaitan ICT yang terdapat di PC. Selain itu, dengan adanya kelas seperti ini dapat melahirkan lebih ramai golongan muda yang celik ICT dan menjadi pengguna ICT yang beretika.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2020 Semua Hakcipta Terpelihara.