dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kampung Gong Kulim, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas ICT – Silang Kata & Advokasi

8 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 7 September 2019, Pusat Internet Gong Kulim telah mengadakan kelas ICT  iaitu kelas Silang Kata & Advokasi. Kelas ini diadakan didalam bilik latihan PI Gong Kulim dan telah dihadiri oleh 9 orang peserta. Di dalam kelas ini, peserta akan diberi tunjuk ajar bagaimana untuk bermain permainan silang kata secara online menggunakan komputer. Pelajar juga akan diberi satu silang kata masing-masing dan dikehendaki menyelesaikan silang kata tersebut bersama rakan-rakan, Kelas ini berlangsung selama 3 jam bermula pada pukul 10.00 pagi sehingga 1.00 tengahari.

Antara kelebihan peserta yang menyertai kelas ICT adalah mereka dapat mengisi masa lapang mereka dengan perrkara yang berfaedah dan berilmu. Para peserta  dapat meluaskan ilmu pengetahuan mereka berkaitan ICT dengan lebih meluas dengan pantauan oleh staf PI. Dengan adanya kelas ICT tersebut , PI juga dapat melahirkan lebih ramai golongan muda yang celik IT dan bijak menggunakan kemudahan yang terdapat di PI. Dengan adanya aktiviti seperti ini di PI, dapat mewujudkan amalan  bersaing secara sihat diantara satu sama lain.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© Semua Hakcipta Terpelihara.