Kelas Penyelenggaraan Komputer
27 Mac 2019 | Aktiviti TerkiniPada 26 Mac 2019, Pusat Internet Gong Kulim telah mngadakan penyelenggaraan komputer yang dihadiri seramai 14 orang pelajar. Kelas ini berlangsung selama 3 jam yang bermula pada pukul 2.00 petang dan berakhir pada pukul 5.00 petang. Dalam kelas ini, pelajar diberi pengenalan berkaitan fungsi-fungsi yang terdapat pada komputer. Pelajar juga diajar fungsi setiap singkatan yang terdapat pada papan kekunci.
Antara kelebihan menyertai kelas ini adalah pelajar dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah dan berilmu. Kelas ini juga merupakan salah satu tarikan dimana untuk menarik minat pelajar untuk datang dan menyertai setiap aktiviti atau kelas yang dianjurkan di Pusat Internet Gong Kulim.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: