Kawasan Rekreasi Dan Pelancongan
Pasar Malam Tok Bali
Pasar malam ini menjadi salah satu tarikan kerana suasana yang sangat meriah dan juga berhampiran dengan medan ikan bakar yang terkenal di tok bali. Pasar malam ini hanya terletak 5km dari kampung gong kulim dan luas pasar malam ini dapat memuatkan seramai 1000 orang pengunjung. Selain daripada itu, kawasan parking yang luas juga dapat memuatkan sebnayak 100 buah kereta pengunjung.
Pelabuhan Perikanan LKIM Tok Bali
LKIM Tok Bali merupakan tempat dimana penduduk dapat membeli pelbagai jenis ikan dan hasil laut yang lebih segar dengan harga yag murah. Tempat ini menjadi pilihan penduduk kerana kawasannya yang terletak hanyan 5km sahaja dari kg gong kulim.
Tok Aman Bali Resort
Tok Aman Bali Resort merupakan salah satu tempat pelancongan yang menjadi pilihan ramai. Hal ini demikian kerana, tok aman bali resort mempunyai keunikan dan kemewahan dari segi ukiran bangunan dan susun atur perabot yang menarik penagunjung.
Tugu Peringatan Tok Janggut
Tugu Peringatan Tok Janggut ini telah dibina oleh Majlis Daerah Pasir Puteh pada tahun 2005. Tugu ini dibina bagi memperingati jasa dan perjuangan Haji Muhammad Hassan bin Munas atau lebih dikenali sebagai ‘Tok Janggut', dalam era penentangan orang-orang Melayu di Tanah Melayu ke atas Inggeris. Lokasi tugu ini adalah di Pusat Bandar Pasir Puteh.
Elemen Tugu Peringatan Tok Janggut :
- Semutar – merupakan pakaian orang melayu atau pendekar pada zaman dahulu, dan ianya berkait rapat dengan budaya orang Islam yang mana merupakan sunnah Rasulullah S.A.W.
- Keris – merupakan senjata orang Melayu dan jati diri bagi pendekar atau hulubalang
- Lembing – merujuk kepada senjata orang Melayu yang digunakan untuk berkawal dan mempertahankan diri atau golongan bangsawan.
Tok Bali
Tok Bali dibuka pada tahun 1996, dengan pembinaan jambatan di atas darat oleh Projek Kemasin Semerak (Perkasa), dan kemudiannya dengan pembinaan Terusan Tok Bali. Pembinaan Terusan ini menjadi pemangkin utama pembangunan di Tok Bali, di mana wujudnya pengangkutan melalui laut ke Pulau Perhentian, Pulau Kapas dan Pulau Redang di Laut China Selatan. Demikian juga dengan kewujudan jeti pendaratan ikan laut dalam sehingga kepada pertumbuhan industri pelancongan dan produk berasaskan hasil laut seperti keropok, bebola ikan dan sebagainya.
Tambang teksi ke Tok Bali ialah RM 3.00 untuk seorang. Tok Bali merupakan suatu kawasan yang amat pesat membangun dengan pebagai perancangan yang berbentuk infrastruktur, kemudahan dan perkhidmatan awam serta pembangunan institusi pendidikan, kesihatan, keselamatan dan industri yang berasaskan hasil laut dalam. Terletak 16 km dari Bandar Pasir Puteh dan 8 km daripada Kg Gong Kulim. Tok Bali menjadi sebuah pusat peranginan terkenal di Kelantan kerana terdapat kawasan pantai yang bersih serta kemudahan penginapan yang selesa.
Pantai Bisikan Bayu, Semerak Pasir Puteh
Pantai Bisikan Bayu merupakan satu produk pelancongan yang paling awal dibangunkan di Pasir Puteh. Lokasinya terletak di Cherang Ruku, Semerak, 16 km dari bandar Pasir Puteh, 3 km dari Pekan Cherang Ruku. Pengangkutan awam yang disediakan untuk datang ke sini ialah bas dan teksi. Tambang bas ke Cherang Ruku ialah RM 1.50 manakala tambang teksi ialah RM 2.00 dari bandar Pasir Puteh. Untuk sampai ke Pantai Bisikan Bayu, anda perlu menaiki teksi sekali lagi dengan bayaran RM 1.00 untuk seorang. Di kawasan pantai ini, disediakan surau, tandas, bilik persalinan, taman permainan, dan juga terdapat sebuah chalet penginapan iaitu Taman Rehlah. Antara aktiviti yang boleh dijalankan di sini ialah berkelah, berkhemah dan aktiviti keluarga.
Wakaf Tuan Farrer
Wakaf Tuan Farrer ini telah dibina antara tahun 1915 -1930 0leh Ketua Jajahan yang berbangsa Inggeris iaitu Tuan Farrer. Wakaf ini diabadikan sebagai warisan sejarah dan dijadikan jalan pekeliling antara Jalan Nara, Jalan Pondok, Jalan Kg.Kelubi dan Jalan Sek. Ren. Keb. (C) Kai Chih. Wakaf ini menjadi mercu tanda Bandar Pasir Puteh pada masa pentadbiran Tuan Farrer sehingga kini. Tuan Farrer adalah seorang Ketua Jajahan Pasir Puteh sekitar tahun 1909. Beliau merupakan D.O (Ketua Jajahan) Inggeris yang ke-3 menjadi pentadbir Jajahan Pasir Puteh. Beliau telah mengilhamkan supaya mendirikan sebuah wakaf rehat menunggu bas sementara ‘Rest Pavillion' di persimpangan jalan utama dari Pusat Bandar Pasir Puteh ke Kota Bharu dan ke Machang. Tujuan wakaf ini dibina adalah untuk memberi kemudahan kepada masyarakat setempat untuk mendapatkan perkhidmatan awam seperti bas dan kereta sewa ataupun beca.
Pada Bulan Julai 2007, Wakaf Tuan Farrer ini telah roboh akibat dari kemalangan jalan raya, di mana sebuah kenderaan telah merempuh dan meranapkan struktur wakaf ini sama sekali. Dengan keprihatinan pihak MDPP dan bebrapa agensi kerajaan yang lain, satu kata sepakat dicapai untuk membina dan memberi nafas baru kepada wakaf yang mempunyai nilai sejarah ini.Pada tahun 2010, wakaf baru sebagaimana struktur asal telah dibina dengan berdasarkan rupa dan rekabentuk yang asal. Bezanya ialah wakaf dahulu adalah daripada kayu tetapi wakaf baru ini dibina secara kekal. Walaubagaimanapun, beberapa struktur asal seperti kayu alang dan kasa jantan masih menggunakan bahan asal. Dengan naik taraf atau nafas baru yang diberikan kepada wakaf Tuan Farrer ini, diharap ianya akan dapat menjadi suatu daya tarikan dari segi pelancongan dan warisan kepada masyarakat tempatan dan luar negara.
Air Terjun Jeram Linang
Jeram Linang merupakan salah satu pusat rekreasi yang awal dibuka di Pasir Puteh. Jarak dari bandar Pasir Puteh ialah 20 km, manakala 22 km dari bandar Machang, dan perlu melalui jalan lebuhraya Machang-Pasir Puteh. Tambang dari Pasir Puteh ialah RM 4.00 untuk seorang, manakala RM 6.00 dari Machang. Pusat rekreasi ini merupakan kawasan air terjun berbatu, dan mempunyai laluan untuk mendaki ke puncak air terjun. Kawasan mandi untuk golongan dewasa dan kanak juga disediakan, juga terdapat play ground untuk kanak-kanak dan kawasan ini merupakan salah satu tempat yang sesuai untuk tapak perkhemahan dan kemudahan seperti tapak, dewan dan restoran masakan panas juga disediakan. Kawasan letak kereta disediakan untuk kemudahan pengunjung.