Kemudahan Awam
Masjid Mukim Gong Kulim
Masjid mukim Kg Gong Kulim merupakan satu-satu nya masjid besar yang terdapat di Kg ini. Masjid ini dua tingkat dan dapat memuatkan seramai 1000 lebih Jemaah terutama semasa musim perayaan dimana perantau-perantau pulang ke kampung.
Klinik Kesihatan Gong Kulim
Klinik kesihatan Kg Gong Kulim terletak berhadapan dengan masjid mukim. Kewujudan klinik ini memudahkan orang kampung yang ingin mendapatkan rawatan dan tidak perlu keluar ke Bandar.
Dewan Awam
Dewan berfungsi sebagai tempat mesyuarat atau tempat untuk melakukan aktiviti penduduk seperti amanah, mesyuarat KRT dan sebagainya.
Balai Polis - Balai Polis Pasir Puteh
Alamat : Balai Polis Pasir Puteh , Polis Diraja Malaysia, 16800 Pasir Puteh, Kelantan Pasir Puteh Kelantan
No Telefon : 0 9-786 7222
Balai Bomba - Balai Bomba Pasir Puteh
Alamat : Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Jalan Kota Bahru-Pasir Puteh, 16800 Pasir Puteh, Kelantan
No Telefon : 09 - 786 7444
Perpustakaan Awam Cawangan Pasir Puteh
>Alamat : Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan Cawangan Pasir Puteh D/A Teniat Majlis Daerah Pasir Puteh Jalan Kota Bharu 16800 Pasir Puteh Kelantan
No Telefon : 0 9-786 8518
Waktu Perkhidmatan : Ahad – Rabu : 9:00 pagi – 5:15 petang
Khamis – Sabtu : 9:00 pagi – 5:00 petang
Jumaat Tutup
Pasar Borong Pasir Puteh
Alamat : Kg Tok Sudin, Jalan Pasir Puteh-Tok Bali.
Waktu Operasi : 6:30 pagi – 11:00 pagi
Masjid Ibrahimi Pasir Puteh
Masjid Ibrahimi Pasir Puteh telah dibina pada tahun 1939. Ia merupakan masjid bandar yang pertama di Kelantan. Keluasan perkarangan masjid ini adalah berukuran 5 ekar. Masjid ini berada dalam kawasan bandar Pasir Puteh dan di tepi jalan utama dari Kota Bharu ke Terengganu. Nama masjid ini diambil bersempena nama KDYMM Sultan Ibrahim Ibni Al-Marhum Sultan Muhammad IV.
Reka bentuk masjid ini bercirikan seni bina Moghul. Masjid ini juga berbentuk segi empat pada asas binaannya. Ruang solat utama masjid ini berlantaikan permaidani indah dan dihiasi dengan ukiran khat ayat-ayat suci Al-Quran pada dinding. Menaranya bersambung dengan bangunan masjid dan dilengkapi tangga di bahagian mihrab. Selain itu, binaan masjid ini mempunyai satu menara berkubah. Masjid ini juga mempunyai perpustakaan dan bilik seminar bagi kegunaan orang ramai. Terdapat juga ruang solat utama dan ruang solat tambahan di bahagian dalam masjid ini.
Bangunan tambahannya telah dirasmikan oleh YAB. Tun Abdul Razak bin Tun Hussein pada 8 Rejab 1395 Hijrah bersamaan 17 Julai 1975 Masihi. Masjid Ibrahimi juga dapat menampung 2800 jemaah pada satu masa. Masjid ini mendapat pengiktirafan sebagai masjid terbaik kategori Masjid Bandar sempena sambutan Majlis Sambutan Hijratul Rasul Peringkat Negeri Kelantan, tahun 1427 Hijrah bersamaan 2006 Masihi.