Program Sukaneka Krt PI Gong Kulim
16 Oktober 2016| Aktiviti TerkiniPada 15 Oktober 2016, PI Gong Kulim telah menyertai sambutan sukaneka anjuran KRT KG GONG KULIM bersempena menyambut Hari Sukan Negara. Program sukaneka ini turut disertai oleh pihak KOSPEN serta Kemas Kg Gong Kulim.
Terdapat pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh KRT antaranya ialah pemeriksaan kesihatan secara percuma untuk penduduk kampung, acara sukaneka seperti tarik tali, memancing dalam botol, gelung rotan, senaman aerobic dan sebagainya yang sesuai untuk semua peringkat umur.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: