Permohonan Sistem Pengurusan Subsidi Ayam & Telur
19 Mei 2023 | Aktiviti TerkiniPada 18 Mei 2023, seramai 2 orang komuniti sekitar yang bekerja sebagai penternak ayam telah datang ke PEDi Gong Kulim untuk membuat permohonan untuk sistem pengurusan subsidi ayam & telur. Kelas persendirian tersebut berlangsung selama 1 jam. Staf PEDi membantu komuniti tersebut mengisi bantuan melalui laman web mysubsidi.dvs.gov.my/signin.
Pada permulaannya, staf memberi tunjuk ajar kepada peserta cara untuk menggunakan whatsapp web untuk memudahkan peserta membuka pautan yang dihantar melalui aplikasi Whatsapp. Seterusnya peserta di ajar cara untuk membuat pendaftaran akaun terlebih dahulu mengikut arahan yang diberi menerusi pautan tersebut. Seterusnya Staf PEDi membantu peserta tersebut membuat permohonan mengikut arahan yang diberi sehingga selesai.
Untuk pengetahuan, pemberian subsidi untuk penternak ayam dan telur merupakan inisiatif kerajaan bagi membantu menampung kos operasi yang ditanggung berikutan kawalan harga ayam dan telur. Permohonan tersebut boleh dipohon mulai 8 Mei 2023. Dengan adanya kelas persendirian seperti ini secara tidak langsung dapat membantu komuniti untuk membuat sebarang jenis permohonan atas talian dengan menggunakan kemudahan yang tedapat di PEDi Gong Kulim seperti perkhidmatan computer dan juga lain-lain perkhidmatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: