Membuat Resume Bersama Kolej Vokasional Pasir Puteh
4 April 2023 | Aktiviti TerkiniPada 3 April 2023, PEDi Kluster Pasir Puteh telah mengadakan satu program bersama pelajar Kolej Vokasional Pasir Puteh Kelantan bertempat di KV Pasir Puteh. Program tersebut berlangsung selama hampir 2 jam dan disertai seramai 50 orang pelajar Kolej Vokasional dari pelbagai bidang. PEDi Kluster yang terlibat iaitu PEDi Sungai Petai,PEDi Jeram,PEDi Tok Janggut,PEDi Gong Kulim dan PEDi Selising. Sebelum kelas resume dimulakan,para peserta di beri taklimat berkaitan pengenalan serta jenis perkhidmatan yang ada di setiap PEDi.
Resume adalah suatu medium bagi membolehkan sesebuah majikan atau pihak tertentu untuk mengetahui mengenai diri seseorang yang berkaitan dengan kepentingan dan keperluan majikan atau pihak tersebut. Ini bermaksud, resume amatlah berkait rapat dengan kejayaan dan kelebihan yang ada pada diri individu tersebut. Tujuan utama resume dibuat adalah bukan untuk mendapatkan pekerjaan, tetapi adalah bagi membolehkan seseorang itu layak untuk di temuduga.
Resume perlulah dimanfaatkan sebaik mungkin bagi menarik hati pembaca atau pemilih. Ia bertujuan memperkenalkan diri sebaik yang mungkin tanpa melakukan penipuan atau pemalsuan fakta. Ini adalah kerana individu yang telah berjaya dalam peringkat pertama ini akan dipanggil untuk sesi temuduga. Dengan adanya kelas-kelas ICT di PEDi, secara automatiknya dapat membantu komuniti serta pelajar-pelajar sekitar Pusat Internet untuk mengenali serta mempelajari asas Microsoft Word dan ICT untuk menyelesaikan tugas harian komuniti. Secara tidak langsung juga dapat melahirkan lebih ramai golongan ibu bapa dan pelajar yang celik IT sejajar dengan arus kemodenan masa kini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: