Kelas Menaip Surat Rasmi
22 Januari 2023 | Aktiviti TerkiniPada 21 Januari 2023, seramai 3 orang pelajar sekolah rendah dan juga merupakan ahli PEDi Gong Kulim telah datang ke PEDi untuk menyertai kelas menaip surat rasmi. Kelas tersebut berlangsung selama 1 jam di dalam bilik latihan PEDi Gong Kulim.
Sebelum kelas menaip dimulakan, staf PEDi memberi penerangan tentang format surat rasmi yang bertajuk tidak dapat hadir ke sekolah dan secara tidak langsung dapat membantu pelajar menggunakan ilmu tersebut di masa hadapan. Staf PEDi turut menekankan tentang penggunaan huruf besar bagi kata nama khas di dalam surat tersebut. Staf PEDi turut memberi tunjuk ajar tentang penggunaan ayat yang sesuai supaya tujuan surat tersebut jelas dan mudah untuk difahami.
Selain daripada itu, staf PEDi turut memberi tunjuk ajar cara untuk menyimpan surat tersebut dalam bentuk PDF. Para peserta turut diberi penerangan tentang Kebaikan menyimpan sebarang jenis dokumen dalam bentuk PDF.
Dengan adanya kelas-kelas ICT di Pusat Ekonomi Digital (PEDi), secara tidak langsung dapat membantu komuniti serta pelajar-pelajar sekitar PEDi mengenali serta mempelajari asas menggunakan computer serta kemudahan internet untuk menyelesaikan tugas harian. Secara tidak langsung juga dapat melahirkan lebih ramai golongan ibu bapa dan pelajar yang celik IT sejajar dengan arus kemodenan masa kini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: