Kemaskini Akaun Shopee di Android
20 April 2022 | Aktiviti TerkiniPada 19 April 2022, Pusat Ekonomi Digital Gong Kulim telah dikunjungi oleh komuniti sekitar seramai 2 orang setelah janji temu di buat melalui whatsapp. Tujuan utama Puan Tini dan sahabatnya ke PEDi adalah untuk mengemaskini akaun shopee di android masing-masing dimana mereka memerlukan bantuan daripada staf PEDi untuk proses kemaskini tersebut.
Kelas yang berlangsung selama hampir 2 jam tersebut Berjaya membantu Puan Tini dan sahabatnya mengemaskini data kedai masing-masing di dalam akaun shopee. Staf PEDi membantu Puan Tini dan sahabtnya cara untuk meletakkan harga yang bersesuaian dengan produk yang ingin dijual. Staf PEDi juga turut membantu mereka untuk menghias kedai masing-masing supaya kelihatan menarik dan dapat menarik lebih ramai pengunjung. Di akhir kelas, paserta hari ini berjaya mengemaskini data kedai di Shopee serta menghias kedai mengikut kesesuaian produk yang mereka ingin jual.Para peserta adalah dipelawa untuk hadir ke kelas seterusnya untuk lebih mendalami berkenaan Shopee.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: