Mendaftar MySejahtera Check In
18 Mac 2022 | Aktiviti TerkiniPada 17 Mac 2022, PEDi Gong Kulim telah dikunjungi oleh Puan Hazama untuk belajar cara membuat Qr Code MySejahtera Check In untuk dipaparkan di premis perniagaan beliau. Beliau meminta kakitangan PEDi membantu beliau memberi tunjuk ajar cara untuk membuat pendaftaran Qr Code MySejahtera kerana beliau tiada kemahiran menggunakan kemudahan IT. Puan Hazama diberi penerangan tentang cara mengisi maklumat ke dalam portal MySejahtera di alamat mysejahtera.malaysia.gov.my.
Seterusnya, Puan Hazama dipantau oleh kakitangan PEDi sepanjang membuat pendaftaran tersebut. Kakitangan PEDi juga mengajar Puan Hazama cara memuat turun dokumen yang telah lengkap diisi dan menyimpan ke dalam pendrive untuk dicetak. Kelas secara personal yang berlangsung selama 1 jam di PEDi Gong Kulim masih menitik-beratkan pematuhan SOP. Sepanjang penubuhan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Gong Kulim telah berjaya memainkan peranan membantu komuniti sekitar Kg Gong Kulim mengenali serta mempelajari asas menggunakan komputer dan internet untuk menyelesaikan tugas harian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: