Menjawab Kuiz DELIMA
26 Ogos 2022 | Aktiviti TerkiniPada 25 Ogos 2022, seramai 5 oerang pelajar sekolah menengah Tok Janggut datang ke PEDi Gong Kulim untuk menjawab kuiz melalui website DELIMA 2.0 . Para pelajar meminta tunjuk ajar daripada staf PEDi untuk log masuk ke dalam website tersebut. Staf PEDi membantu para pelajar log masuk ke dalam akaun DELIMA masing-masing sebelum menjawab kuiz. Staf PEDi turut membantu para pelajar menjawab soalan kuiz yang diberi sehingga selesai. Untuk pengetahuan, website DELIMA merupakan singkatan kepada Digital Educational Learning Initiative Malaysia.
Ia merupakan penjenamaan semula bagi platform MOE Digital Learning yang dibangunkan oleh KPM pasca Frog VLE. DELIMa merupakan platform tunggal yang menyediakan perkhidmatan sistem pengurusan pembelajaran serta sumber-sumber pembelajaran yang boleh digunakan oleh para pendidik dan juga pelajar untuk belajar secara dalam talian. Sepanjang penubuhan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Gong Kulim telah berjaya memainkan peranan membantu komuniti sekitar Kg Gong Kulim mengenali serta mempelajari asas menggunakan komputer dan internet untuk menyelesaikan tugas harian. Secara tidak langsung dapat melahirkan lebih ramai golongan usahawan yang celik ICT sejajar dengan arus kemodenan masa kini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: