Permohonan Bantuan MAIK (eAgihan)
17 Mac 2022 | Aktiviti TerkiniPada 16 Mac 2022, PEDi Gong Kulim menerima kunjungan daripada komuniti sekitar PEDi iaitu Puan Rulinda Bersama suaminya untuk mengisi permohonan bantuan MAIK secara dalam talian. Permohonan yang ingin dipohon oleh Puan Ruslinda adalah permohonan eAgihan yang terdiri daripada 18 jenis bantuan dimana bantuan daripada MAIK adalah dari sumber wang zakat yang disediakan hanya kepada golongan asnaf yang sangat memerlukan bantuan. Untuk mengisi permohonan secara dalam talian, Puan Ruslinda memerlukan tunjuk ajar daripada kakitangan PEDi untuk membantu beliau memandangkan beliau tiada pengalaman untuk menggunakan kemudahan IT.
Kakitangan PEDi membantu Puan Ruslinda cara untuk log masuk portal di laman web e-maik.my . Setelah permohonan selesai, Puan Ruslinda di ajar cara untuk muat turun dokumen tersebut dan dipindahkan ke dalam pendrive untuk kakitangan PEDi mencetak permohonan tersebut. Sepanjang penubuhan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Gong Kulim telah berjaya memainkan peranan membantu komuniti sekitar Kg Gong Kulim mengenali serta mempelajari asas menggunakan komputer dan internet untuk menyelesaikan tugas harian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: