Menjawab Kuiz STEM
26 September 2022 | Aktiviti TerkiniPada 25 September 2022, seramai 2 oerang pelajar sekolah rendah SK Kulim ke PEDi Gong Kulim untuk menjawab kuiz STEM melalui website DELIMA 2.0 . Para pelajar meminta tunjuk ajar daripada staf PEDi untuk log masuk ke dalam website tersebut.
Para pelajar meminta tunjuk ajar daripada staf PEDi cara untuk log masuk email beserta password yang diberi oleh guru. Seterusnya , staf PEDi membantu pelajar cara untuk menjawab soalan kuiz melalui link yang dihantar melalui email masing-masing. Para pelajar dapat menjawab semua soalan kuiz secara atas talian sehingga selesai. Dengan adanya kelas seperti ini,secara tidak langsung dapat membantu para pelajar untuk menguasai dunia ICT dengan lebih meluas lagi. Para pelajar juga dapat melatih diri menggunakan computer dengan lebih cekap.
Untuk pengetahuan, website DELIMA merupakan singkatan kepada Digital Educational Learning Initiative Malaysia. Ia merupakan penjenamaan semula bagi platform MOE Digital Learning yang dibangunkan oleh KPM pasca Frog VLE. DELIMa merupakan platform tunggal yang menyediakan perkhidmatan sistem pengurusan pembelajaran serta sumber-sumber pembelajaran yang boleh digunakan oleh para pendidik dan juga pelajar untuk belajar secara dalam talian.
Sepanjang penubuhan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Gong Kulim telah berjaya memainkan peranan membantu komuniti sekitar Kg Gong Kulim mengenali serta mempelajari asas menggunakan komputer dan internet untuk menyelesaikan tugas harian. Secara tidak langsung dapat melahirkan lebih ramai golongan usahawan yang celik ICT sejajar dengan arus kemodenan masa kini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: