Kelas Microsoft Word
28 September 2022 | Aktiviti TerkiniPada 27 September 2022, telah berlangsungnya satu kelas ICT di PEDi Gong Kulim kepada pelajar sekolah rendah yang merupakan ahli PEDi. Kelas ICT tersebut merangkumi cara untuk muat turun gambar dan cara untuk membuat carian maklumat menggunakan google. Para pelajar meminta staf PEDi untuk membantu mereka mencari maklumat bagi menyiapkan kerja kursus yang bertajuk kepelbagaian agama di Malaysia. Kelas tersebut berlangsung selama 2 jam di PEDi Gong Kulim.
Sepanjang kelas berlangsung, staf PEDi membantu para pelajar cara untuk muat turun gambar yang berkaitan dengan agama budha dengan teknik dan cara yang betul supaya gambar tersebut kelihatan jelas dan cantik. Selain daripada itu,para pelajar di ajar cara untuk copy paste maklumat yang berkaitan dengan tajuk kerja kursus. Pelajar tersebut turut diajar cara untuk menyimpan Salinan kerja kursus dan juga cara untuk memindahkan fail tersebut ke dalam pendrive untuk di cetak.
Dengan adanya kelas-kelas ICT di Pusat Ekonomi Digital Gong Kulim, secara langsung dapat membantu komuniti serta pelajar-pelajar sekitar PEDi untuk mengenali serta mempelajari asas menggunakan komputer dan internet untuk menyelesaikan tugas harian. Secara tidak langsung juga dapat melahirkan lebih ramai golongan ibu bapa dan pelajar yang celik IT sejajar dengan arus kemodenan masa kini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: