Kursus Train The Trainer (TTT) Autocrat (eSijil) Pen Pengurus
25 Jun 2022 | Aktiviti TerkiniPada 24 Julai 2022, telah berlangsungnya satu kursus iaitu Train The Trainer Autocrat (eSijil) kepada penolong pengurus PEDi selama 2 jam iaitu bermula pada jam 11 pagi sehingga jam 1 tengahari. Kursus ini dikendalikan oleh Pengurus PEDi Semenyih iaitu En Anwar Bin Maso’od. Kursus tersebut dijalankan secara dalam talian atau video Conference mnggunakan aplikasi Google Meet
Tujuan kursus tersebut adalah ingin memberi pendedahan kepada staf Pusat Ekonomi Digital Malaysia tentang salah satu extension menarik yang terdapat di Google Docs iaitu Autocrat. Autocrat ialah alat penggabungan dokumen atau merge tools pelbagai guna yang membolehkan pengguna mengambil data dari hamparan dan menggabungkannya menjadi dokumen melalui templat yang telah disediakan atau ditetapkan. Kebiasaanya Autocrat ini kerap digunakan oleh kalangan guru atau tenaga pengajar untuk emmudahkan mereka dalam menghasilkan sijil.
Dengan adanya kursus seperti ini,staf PEDi secara tidak langsung dapat berkongsi dan membantu komuniti sekitar untuk meneroka dunia ICT dengan lebih meluas lagi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: