Permohonan Kebenaran Berkahwin Negeri Kelantan
17 Februari 2022 | Aktiviti TerkiniPada 16 Februari 2022, PEDi Gong Kulim telah dikunjungi oleh Siti Nurzieha Bersama ayahnya memerlukan bantuan kakitangan PEDi untuk mengisi Permohonan Kebenaran Berkahwin di Negeri Kelantan secara atas talian melalui Portal eQaryah.
Siti Nurzieha diberi penerangan tentang cara mengisi maklumat ke dalam sistem dan cuba mengakses Portal eQaryah di alamat https://eqaryah.kelantan.gov.my/perkahwinan_prosedur.php . Seterusnya, Siti Nurzieha dipantau oleh kakitangan PEDi sepanjang mengisi dan melengkap borang permohonan tersebut. Kakitangan PEDi juga mengajar Siti Nurzieha cara memuat turun dokumen yang telah lengkap diisi dan menyimpan ke dalam pendrive untuk dicetak. Kelas secara personal yang berlangsung selama 1 jam di PEDi Gong Kulim masih menitik-beratkan pematuhan SOP.
Sepanjang penubuhan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Gong Kulim telah berjaya memainkan peranan membantu komuniti sekitar Kg Gong Kulim mengenali serta mempelajari asas menggunakan komputer dan internet untuk menyelesaikan tugas harian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: