Microsoft Word ( Kerja Kursus Seni)
16 Jun 2022 | Aktiviti TerkiniPada 15 Jun 2022, telah berlangsungnya satu kelas ICT di PEDi Gong Kulim iaitu menggunakan Microsoft Word bagi sekumpulan pelajar sekolah menengah untuk menyiapkan tugasan kerja kursus. Kelas yang berlangsung hampir 2 jam dapat membantu para pelajar menyiapkan tugasan mereka dengan jayanya.
Sepanjang kelas berlangsung, staf PEDi membantu para pelajar cara untuk muat turun gambar pilihan mereka dengan teknik dan cara yang betul supaya gambar tersebut kelihatan jelas dan cantik. Para pelajar juga turut di ajar cara untuk menggunakan gambar pilihan yang telah dimuat turun untuk dijadikan sebagai latarbelakang kerja kursus masing-masing. Selain daripada itu, para pelajar turut teruja untuk menerokai Microsoft Word dengan lebih mendalam dimana mereka diajar cara untuk pemilihan jenis tulisan(font), saiz tulisan (font size) yang bersesuaian untuk dijadikan tajuk dan juga pemilihan warna. Para pelajar turut diajar cara untuk menyimpan Salinan kerja kursus dan juga cara untuk memindahkan fail tersebut ke dalam pendrive untuk di cetak.
Dengan adanya kelas-kelas ICT di Pusat Ekonomi Digital Gong Kulim, secara langsung dapat membantu komuniti serta pelajar-pelajar sekitar PEDi untuk mengenali serta mempelajari asas menggunakan komputer dan internet untuk menyelesaikan tugas harian. Secara tidak langsung juga dapat melahirkan lebih ramai golongan ibu bapa dan pelajar yang celik IT sejajar dengan arus kemodenan masa kini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: