Kelas Menaip
16 Jun 2022 | Aktiviti TerkiniPada 15 Jun 2022, seramai 2 orang pelajar sekolah menengah dan juga merupakan ahli PEDi Gong Kulim telah datang ke PEDi untuk untuk menyiapkan tugasan sekolah iaitu menaip esei. Staf PEDi membantu para peserta sehingga selesai tugasan sekolah masing-masing. Staf PEDi turut memberi penerangan tentang simbol-simbol yang terdapat pada Microsoft Word.
Para peserta turut meminta staf PEDi ajar cara untuk menyimpan dokumen ke dalam bentuk PDF untuk di hantar kepada guru mereka. Selain daripada itu, staf PEDi turut berkongsi kelebihan menyimpan dokmen dalam bentuk PDF kepada para peserta. Mereka juga turut belajar cara untuk memindah tugasan ke dalam pendrive.
Dengan adanya kelas-kelas ICT di Pusat Ekonomi Digital (PEDi), secara tidak langsung dapat membantu komuniti serta pelajar-pelajar sekitar PEDi mengenali serta mempelajari asas menggunakan komputer dan internet untuk menyelesaikan tugas harian. Secara tidak langsung juga dapat melahirkan lebih ramai golongan ibu bapa dan pelajar yang celik IT sejajar dengan arus kemodenan masa kini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: