Mendaftar MySejahtera Check In
13 Januari 2022 | Aktiviti TerkiniPada 12 Januari 2022, PEDi Gong Kulim telah dikunjungi oleh Siti Baiyah yang memohon bantuan kakitangan PEDi untuk membuat pendaftaran MySejahtera Check In untuk majlis perkahwinan beliau secara atas talian melalui Portal MySejahtera.
Siti Baiyah diberi penerangan tentang cara mengisi maklumat ke dalam portal MySejahtera di alamat https://mysejahtera.malaysia.gov.my/intro/ . Seterusnya, Siti Baiyah dipantau oleh kakitangan PEDi sepanjang membuat pendaftaran tersebut. Kakitangan PEDi juga mengajar Siti Baiyah cara memuat turun dokumen yang telah lengkap diisi dan menyimpan ke dalam pendrive untuk dicetak. Kelas secara personal yang berlangsung selama 1 jam di PEDi Gong Kulim masih menitik-beratkan pematuhan SOP.
Sepanjang penubuhan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Gong Kulim telah berjaya memainkan peranan membantu komuniti sekitar Kg Gong Kulim mengenali serta mempelajari asas menggunakan komputer dan internet untuk menyelesaikan tugas harian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: