Permohonan Kebenaran Berkahwin Negeri Kelantan
10 Januari 2022 | Aktiviti TerkiniPada 9 Januari 2022, PEDi Gong Kulim telah dikunjungi oleh Siti Hajar yang memohon bantuan kakitangan PEDi untuk membuat Permohonan Kebenaran Berkahwin di Negeri Kelantan secara atas talian melalui Portal eQaryah.
Siti Hajar diberi penerangan tentang cara mengisi maklumat ke dalam sistem dan cuba mengakses Portal eQaryah di alamat https://eqaryah.kelantan.gov.my/perkahwinan_prosedur.php . Seterusnya, Siti Hajar dipantau oleh kakitangan PEDi sepanjang mengisi dan melengkap borang permohonan tersebut. Kakitangan PEDi juga mengajar Siti Hajar cara memuat turun dokumen yang telah lengkap diisi dan menyimpan ke dalam pendrive untuk dicetak. Kelas secara personal yang berlangsung selama 1 jam di PEDi Gong Kulim masih menitik-beratkan pematuhan SOP.
Sepanjang penubuhan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Gong Kulim telah berjaya memainkan peranan membantu komuniti sekitar Kg Gong Kulim mengenali serta mempelajari asas menggunakan komputer dan internet untuk menyelesaikan tugas harian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: