Kelas Microsoft Excel – Pengurusan Stok
10 Januari 2022 | Aktiviti TerkiniPada 9 Januari 2022, melalui temujanji yang telah dibuat pada minggu lepas, PEDi Gong Kulim telah dikunjungi oleh Noor Kartini yang merupakan usahawan dan ahli PEDi yang aktif. Beliau memohon tunjuk ajar kakiktangan PEDi untuk membuat Lembaran Kerja Microsoft Excel bagi memudahkan beliau untuk menguruskan stok barang jualannya.
Sebelum ini, Noor Kartini merekodkan semua urusan perniagaan secara manual. Setelah mengikuti beberapa siri kelas ICT di PEDi, beliau mula tertarik untuk menggunakan Microsoft Excel untuk menguruskan stok barang jualannya. Beliau sedar, banyak kelebihan menggunakan komputer berbanding merekod secara manual seperti mengurangkan risiko tersalah kira stok. Kakitangan PEDi membantu Noor Kartini memulakan lembaran kerja seterusnya memasukkan formula yang bersesuaian ke dalam lembaran yang telah dibuat. Kelas secara personal yang berlangsung selama 2 jam di PEDi Gong Kulim masih menitik-beratkan pematuhan SOP.
Sepanjang penubuhan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Gong Kulim telah berjaya memainkan peranan membantu usahawan sekitar Kg Gong Kulim mengenali serta mempelajari asas menggunakan komputer dan internet untuk menyelesaikan tugas harian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: