Membuat Caruman PERKESO Melalui Portal ASSIST PERKESO
10 Januari 2022 | Aktiviti TerkiniPada 9 Januari 2022, kakitangan PEDi Gong Kulim telah dihubungi oleh Puan Linda yang merupakan usahawan Kedai Hardware, memohon tunjuk ajar cara membuat caruman PERKESO kepada pekerjanya melalui Portal Assist PERKESO. Sebelum ini, beliau telah berjaya mendaftar dan telah mendapat ID untuk mengakses portal tersebut dengan cara melengkapkan Borang ID Portal ASSIST PERKESO yang boleh diperolehi menerusi laman sesawang PERKESO dan menghantarkannya ke pejabat PERKESO berdekatan..
Dengan ID yang diperolehi, Puan Linda dibantu langkah demi langkah untuk mengakses portal seterusnya membuat pembayaran melalui perbankan internet dengan syarat mempunyai akaun di bank-bank yang telah dilantik oleh PERKESO. Pengguna boleh melayari laman sesawang PERKESO untuk info lebih lanjut.
Puan Linda berjaya menyelesaikan tugas dan berasa sangat teruja membuat urusan secara atas talian tanpa perlu ke Pejabat Perkeso di Kota Bharu. Penubuhan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Gong Kulim telah memberi kemudahan kepada komuniti sekitar untuk menyelesaikan tugas harian yang melibatkan penggunaan teknologi maklumat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: