2022 Train the Trainer (TTT) : Open Broadcaster Software or OBS
6 Mac 2022 | Aktiviti TerkiniPada 5 Mac 2022, satu program Train the Trainer (TTT) kepada Pengurus PEDi di seluruh Malaysia telah berlangsung dari jam 10.30 pagi hingga jam 4.30 petang. Program yang dikendalikan oleh Pengurus PEDi Semenyih iaitu En. Anuar bin Maso’od telah diadakan secara dalam talian atau Video Conference menggunakan aplikasi Google Meet. Tujuan utama program ini untuk memberi pendedahan kepada kakitangan PEDi tentang alternatif pengendalian kelas dalam talian menggunakan aplikasi percuma iaitu Open Broadcaster Software (OBS).
Peserta telah diperkenalkan tentang alternatif pengendalian kelas dalam talian menggunakan aplikasi percuma iaitu aplikasi Open Broadcaster Software (OBS). Secara umumnya, OBS merupakan sebuah program streaming dan rakaman video popular yang menawarkan pelbagai ciri yang tiada pada aplikasi lain. Dalam sesi pertama program ini, peserta didedahkan bagaimana membuat carian OBS, muat turun dan memasang OBS, diikuti oleh pengenalan terhadap OBS, tetapan asas, pengenalan mengenai scenes, sources, penggunaan Green Screen, Virtual Camera dan membuat sambungan OBS ke Google Meet, Zoom Meeting & StreamYard. Seterusnya peserta diberi tugasan menggunakan OBS untuk disiap dengan pemantauan dari En Anuar.
Program hari ini dapat meningkatkan kepakaran dan kemahiran komunikasi peserta dan seterusnya dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya bagi meningkatkan fungsi PEDi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: