Kursus Latihan Pengendali Makanan Online
10 Disember 2022 | Aktiviti TerkiniPada 10 Disember 2022, Pusat Ekonomi Digital Gong Kulim telah mengadakan satu kursus Latihan Pengendali Makanan melalui webinar yang dikendalikan oleh SLPM iaitu NZ Bunga Ventures kepada seorang usahawan sekitar PEDi iaitu Puan Nooriah. Kursus tersebut berlangsung selama 3 jam iaitu bermula pada pukul 9.30 pagi sehingga 12.30 tengahari.
Objektif LPM secara amnya adalah untuk memberi pendedahan dan kesedaran tentang kepentingan penyediaan makanan yang bersih dan selamat kepada semua pengendali makanan di sektor perkhidmatan dan industri makanan. LPM juga menekankan aspek-aspek asas dalam kebersihan dan keselamatan makanan, termasuk diri pengendali dan premis makanan. Secara tidak langsung, kejadian keracunan makanan di seluruh negara dapat dikurangkan. Melalui LPM ini juga, pengendali makanan akan dilatih oleh tenaga pengajar menggunakan modul pengajaran yang disediakan oleh KKM.
Kolaborasi antara NZ Bunga Ventures dengan PEDi Gong Kulim sangat membantu usahawan makanan di sekitar yang ingin mengikuti kursus pengendalian makanan namun menghadapi masalah capaian internet dan juga kemudahan computer.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: