Microsoft Word – Kerja Kursus Tingkatan 5
18 Disember 2021 | Aktiviti TerkiniPada 17 Disember 2021, seramai 4 orang pelajar sekolah menengah dan juga merupakan ahli PEDi Gong Kulim telah membuat janji temu untuk menyiapkan tugasan kerja kursus. Para pelajar dikehendaki mematuhi SOP terlebih dahulu dan kakitangan PEDi harus memastikan para pelajar tidak mempunyai gejala sebelum dibenarkan memasuki premis. Staf PEDi membantu para peserta sehingga selesai kerja kursus masing-masing yang berlangsung selama hampir 2 jam. Staf PEDi turut memberi penerangan tentang simbol-simbol yang terdapat pada Microsoft Word.
Para peserta turut meminta staf PEDi ajar cara untuk menyimpan dokumen ke dalam bentuk PDF dan juga cara untuk menyimpan Salinan dalam ke dalam Pendrive. Selain daripada itu, staf PEDi turut berkongsi kelebihan menyimpan dokmen dalam bentuk PDF kepada para peserta. Dengan adanya kelas-kelas ICT di Pusat Ekonomi Digital (PEDi), secara tidak langsung dapat membantu komuniti serta pelajar-pelajar sekitar PEDi mengenali serta mempelajari asas menggunakan komputer dan internet untuk menyelesaikan tugas harian. Secara tidak langsung juga dapat melahirkan lebih ramai golongan ibu bapa dan pelajar yang celik IT sejajar dengan arus kemodenan masa kini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: