Kursus Latihan Pengendali Makanan & Latihan Katering Online
11 Mac 2021 | Aktiviti TerkiniPada 10 Mac 2021, Pusat Internet Komuniti Gong Kulim telah menyertai satu kursus Latihan Pengendali Makanan & Latihan Katering melalui webinar yang dikendalikan oleh Unit Pemakanan, Pejabat Kesihatan Pasir Puteh. Kursus tersebut dihadiri oleh 3 orang peserta dimana terdiri daripada pengusaha kantin dan dua orang staf kantin SK Kulim. Kursus dan latihan katering tersebut diadakan secara atas talian kepada semua pengusaha kantin sekolah daerah Pasir Puteh dan berlangsung selama 3 jam bermula pada pukul 2:30 sehingga 5:00 petang.
Sepanjang kursus berlangsung, para peserta diberi taklimat daripada staf Unit Pemakanan tentang pendedahan dan kesedaran tentang kepentingan penyediaan makanan yang bersih dan selamat kepada murid-murid dan guru di sekolah. Para peserta diberi penerangan dan cara untuk mengenali makanan atau bahan mentah yang sudah rosak dan tidak sesuai digunakan dalam penyediaan makanan di sekolah. Aspek kebersihan ruangan kantin juga turut dititikberatkan supaya pengusaha dan pekerja kantin tidak terlepas pandang persekitaran kantin terutama di bahagian penyediaan makanan. Para peserta juga dikehendaki menjawab soalan latihan katering yang disediakan oleh pihak penganjur sambil mendengar penerangan oleh wakil Unit Makanan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: