Pendaftaran Geran Khas Prihatin 3.0
8 April 2021 | Aktiviti TerkiniPada 7 April 2021, seorang komuniti sekitar PIK Gong Kulim telah menghubungi kakitangan PIK untuk membuat temujanji untuk mengisi Permohonan GKP 3.0 secara dalam talian. Beliau memohon tunjuk ajar kakitangan PIK untuk membantunya kerana beliau kurang arif dengan komputer dan internet.
Puan Nor telah diajar cara untuk membuka laman web GKP 3.0 untuk pendaftaran secara dalam talian. Beliau juga diajar cara untuk mengisi data-data yang diperlukan dengan betul dan tepat mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan. Kakitangan PIK juga menerangkan bagaimana untuk mencipta kata laluan yang kukuh dan mudah diingati. Kelas secara personal yang berlangsung selama 1 jam di PIK Gong Kulim masih menitik-beratkan pematuhan SOP sepanjang tempoh PKP.
Dengan adanya kelas-kelas ICT di Pusat Internet Komuniti, secara langsung dapat membantu komuniti serta pelajar-pelajar sekitar Pusat Internet Komuniti mengenali serta mempelajari asas menggunakan komputer dan internet untuk menyelesaikan tugas harian. Secara tidak langsung juga dapat melahirkan lebih ramai golongan ibu bapa dan pelajar yang celik IT sejajar dengan arus kemodenan masa kini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: