Mencipta Logo Perniagaan (Design Evo)
5 April 2021 | Aktiviti TerkiniPada 4 April 2021, PIK Gong Kulim dikunjungi oleh seorang ahli PIK yang memerlukan tunjuk ajar daripada staf untuk membantu beliau mencipta logo perniagaan beliau. Beliau membuat janji temu terlebih dahulu dan pematuhan sop diamalkan sebelum beliau memasuki premis untuk sama-sama membendung penularan wabak Covid 19 di PIK dan sekitarnya.
Staf PIK menggunakan website ( www.designevo.com ) untuk membantu Puan Ina mencipta logo perniagaan untuk di muat naik di Facebook Page beliau. Puan Ina diberi tunjuk ajar cara untuk memilih logo yang bersesuaian dengan jenis perniagaan yang beliau usahakan. Beliau juga diberi tunjuk ajar di dalam pemilihan warna yang betul untuk logo beserta jenis tulisan dan kedudukan tulisan yang sesuai supaya logo beliau kelihatan menarik.
Dengan adanya Pusat Internet Komuniti sangat membantu komuniti serta pelajar-pelajar sekitar Pusat Internet Komuniti untuk menyelesaikan tugas harian. Secara tidak langsung dapat melahirkan lebih ramai golongan ibu bapa dan pelajar yang celik IT sejajar dengan arus kemodenan masa kini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: