Menjawab Kuiz Perbadanan Muzium Kelantan Secara Atas Talian
8 Februari 2021 | Aktiviti TerkiniPada 7 Februari 2021, Adik Ammar dihantar oleh penjaganya ke PIK mengikut waktu yang telah ditetapkan semasa membuat temujanji. Adik Ammar adalah pelajar Tahun 5 dari Sekolah Kebangsaan Kulim dan merupakan salah seorang ahli PIK yang aktif. Beliau berhasrat menggunakan kemudahan komputer dan capaian internet di PIK untuk menjawab soalan kuiz Perbadanan Muzium Kelantan secara atas talian yang diberikan oleh gurunya. Menurut panjaga Adik Ammar, banyak kekangan untuk menjawab soalan kuiz menggunakan telefon di rumah kerana saiz skrin yang kecil dan capaian internet yang lemah. Maka, beliau memilih menggunakan kemudahan yang terdapat di PIK Gong Kulim untuk menyelesaikan tugasan tersebut.
Adik Ammar diajar untuk menggunakan whatsapp web untuk memudahkan capaian kepada link kuiz yang telah dikongsi oleh guru dalam group whatsapp kelasnya. Seterusnya kakitangan PIK mengajar Adik Ammar untuk mencari maklumat berkenaan Muzium Kelantan dalam google dan menjawab soalan kuiz sehingga selesai. Kelas secara personal yang berlangsung selama 30 minit di PIK Gong Kulim masih menitik-beratkan pematuhan SOP sepanjang tempoh PKP.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: