Kelas Microsoft Word
4 November 2021 | Aktiviti TerkiniPada 3 November 2021 , PIK Gong Kulim telah mengadakan satu kelas ICT iaitu Kelas menaip menggunakan Microsoft Word kepada dua orang peserta. Sepanjang kelas ini berlangsung selama satu jam, para peserta telah diberi penerangan tentang Microsoft Word beserta fungsi tools untuk menaip. Para peserta juga ingin belajar cara untuk membina table bagi persediaan di masa hadapan untuk memudahkan kerja mereka. Bagi melengkapkan lagi kelas tersebut, staf PIK turut menyediakan latihan untuk memantapkan lagi tahap kemahiran mereka iaitu menaip satu minit mesyuarat mengikut format yang betul.
Dengan adanya latihan seperti berikut dapat membantu para peserta meningkatkan lagi tahap kemahiran menaip mereka dari segi ketangkasan menaip, penguasaan simbol-simbol yang bersesuaian dan dapat meluaskan lagi tahap pengetahuan mereka tentang Microsoft Word dengan lebih meluas lagi.
Sepanjang tempoh PKP, PIK Gong Kulim telah beropeasi secara terhad di mana para pengunjung yang ingin menggunakan kemudahan di PIK hendaklah membuat janji temu terlebih dahulu dan jumlah pengunjung hanya 5 orang sahaja. Sepanjang berada di dalam premis , para pengunjung dikehendaki sentiasa memakai penutup muka dan hidung dan menjaga penjarakan fizikal yang telah di tetapkan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: