Reka Bentuk Poster Menggunakan PowerPoint
25 Jun 2021 | Aktiviti TerkiniPada 24 Jun 2021, PIK Gong Kulim telah menganjurkan satu live streaming ICT iaitu bagaimana untuk mencipta poster menggunakan PowerPoint sahaja. Live Streaming tersebut turut dihadiri oleh PIK Jeram dan juga PIK Bukit Tandak dengan menggunakan Stream Yard. Live Streaming berlangsung selama hampir 1 jam dihostkan oleh Puan Linda Pengurus PIK Gong Kulim. Puan Linda berkongsi cara-cara untuk melukis poster menggunakan PowerPoint dengan penerangan yang mudah untuk difahami dan jelas.
Menurut Puan Linda, sebelum merekacipta sebarang poster kita hendaklah membuat satu kajian sebagai contoh membuat carian di Google untuk melihat contoh poster lain supaya bersesuaian dengan tema yang kita inginkan. Puan Linda juga turut berkongsi tips supaya kombinasi warna dan juga maklumat-maklumat yang hendak di paparkan di dalam poster memainkan peranan yang sangat penting. Berikutan tempoh Lockdown Fasa 2 yang sedang berlangsung, kami mengambil inisiatif di mana bicara santai tersebut berlangsung secara atas talian dan dipaparkan secara Live Streaming di Page PI KG Gong Kulim menggunakan Stream Yard.
Sepanjang tempoh Lockdown, kami akan berkongsi dan menyediakan kepelbagaian aktiviti seperti Talk Show berkaitan dengan ICT/Digital,Video Usahawan dan juga Tutorial atau Demostrasi Berkaitan dengan ICT dan juga Digital. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan aktiviti yang akan kami sediakan sepanjang Work From Home ini boleh lawati dan Like page kami iaitu Page PI KG Gong Kulim.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: