Bicara Santai – Hala Tuju Lepasan SPM
28 Jun 2021 | Aktiviti TerkiniPada 27 Jun 2021, PIK Gong Kulim telah menyertai satu live streaming anjuran PIK Jeram tentang hala tuju lepasan SPM Bersama Puan Hajah Junita Binti Haji Muhamed Ali iaitu Pengarah Bahagian Pengurusan Latihan Jabatan Tenaga Manusia. Berikutan tempoh Lockdown Fasa 2 yang sedang berlangsung, kami mengambil inisiatif di mana bicara santai tersebut berlangsung secara atas talian dan dipaparkan secara Live Streaming di Page PI KG Jeram menggunakan Stream Yard.
Dalam Live Streaming ini, Puan Hajah menceritakan tentang Jabatan Tenaga Manusia sesuai kepada pelajar lepasan SPM 2020 yang sedang membuat pilihan untuk hala tuju seterusnya sejurus selepas keputusan diumumkan. Menurut Puan Hajah, Jabatan Tenaga Manusia merupakan satu Jabatan di bawah Kementerian Sumber Manusia yang mana menyediakan latihan kemahiran kepada lepasan SPM dan juga kepada mereka yang ingin meningkatkan lagi kemahiran yang sedia ada. Jabatan Tenaga Manusia bermatlamat untuk melahirkan lebih ramai tenaga kerja yang berdaya saing dan untuk meningkatkan taraf kemahiran pekerja untuk sektor perindustrian dimana ILJTM menyediakan latihan kemahiran sepenuh masa bagi lepasan SPM dan kursus jangka pendek kepada pekerja-pekerja yang ingin mendapatkan kemahiran yang terdapat di ILJTM. Untuk maklumat lanjut boleh layari Live Streaming yang kami disediakan di Page PIK Kg Jeram dan juga PI Kg Gong Kulim.
Sepanjang tempoh Lockdown, kami akan berkongsi dan menyediakan kepelbagaian aktiviti seperti Talk Show berkaitan dengan ICT/Digital,Video Usahawan dan juga Tutorial atau Demostrasi Berkaitan dengan ICT dan juga Digital. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan aktiviti yang akan kami sediakan sepanjang Work From Home ini boleh lawati dan Like page kami iaitu Page PI KG Gong Kulim.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: