Mendaftar dan Mengemaskini Sistem Pengurusan Sekolah (IbuBapa)
23 Januari 2021 | Aktiviti TerkiniPada 22 Januari 2021, 2 orang ahli PIK datang bersama ibu memohon tunjuk ajar kakitangan PIK untuk mendaftar pengguna baru Sistem Pengurusan Sekolah bagi pihak Ibunya. Adik Amalia dan Adik Alya merupakan ahli PIK yang aktif dan selalu menyertai latihan yang dianjurkan.
Peserta diajar cara mengakses laman web KPM iaitu https://public.moe.gov.my/ untuk ke Sistem Pengurusan Sekolah. Seterusnya, diberi penerangan untuk mendaftar pengguna baru dan mencipta kata laluan yang kukuh serta mudah diingati. Kemudian, peserta mengisi dan mengemaskini maklumat murid hingga selesai. Aktiviti yang berlangsung selama 30 minit di PIK Gong Kulim masih menitik-beratkan pematuhan SOP sepanjang tempoh PKP.
Dengan adanya Pusat Internet Komuniti sangat membantu komuniti serta pelajar-pelajar sekitar Pusat Internet Komuniti untuk menyelesaikan tugas harian. Secara tidak langsung dapat melahirkan lebih ramai golongan ibu bapa dan pelajar yang celik IT sejajar dengan arus kemodenan masa kini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: