Mengisi Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat Secara Atas Talian
20 Januari 2021 | Aktiviti TerkiniPada 19 Januari 2021, seorang komuniti sekitar PIK Gong Kulim telah menghubungi kakitangan PIK untuk membuat temujanji untuk mengisi Permohonan BPR 2021 secara atas talian. Noramalina memohon tunjuk ajar kakitangan PIK untuk membantunya kerana beliau kurang arif dengan komputer dan internet.
Noramalina telah diajar untuk mengisi borang permohonan tersebut sehingga selesai dan memuatnaik ke dalam telefon menerusi aplikasi whatsapp web untuk simpanan peribadi. Kakitangan PIK juga menerangkan bagaimana untuk mencipta kata laluan yang kukuh dan mudah diingati. Kelas secara personal yang berlangsung selama 30 minit di PIK Gong Kulim masih menitik-beratkan pematuhan SOP sepanjang tempoh PKP.
Dengan adanya kelas-kelas ICT di Pusat Internet Komuniti, secara langsung dapat membantu komuniti serta pelajar-pelajar sekitar Pusat Internet Komuniti mengenali serta mempelajari asas menggunakan komputer dan internet untuk menyelesaikan tugas harian. Secara tidak langsung juga dapat melahirkan lebih ramai golongan ibu bapa dan pelajar yang celik IT sejajar dengan arus kemodenan masa kini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: