Kursus Latihan Pengendali Makanan Online
20 Februari 2021 | Aktiviti TerkiniPada 19 Febuari 2021, Pusat Internet Komuniti Gong Kulim telah mengadakan satu kursus Latihan Pengendali Makanan melalui webinar yang dikendalikan oleh SLPM iaitu NZ Ventures. Seramai 5 orang peserta yang terdiri daripada usahawan makanan di sekitar PIK Gong Kulim menyertai kursus pada hari ini. Kursus yang diadakan di Bilik Latihan PIK Gong Kulim ini berlangsung selama 3 jam bermula pukul 9.30 pagi hingga 12.30 tengahari.
Antara kelebihan menyertai kursus tersebut adalah untuk memberi pendedahan dan kesedaran tentang kepentingan penyediaan makanan yang bersih dan selamat kepada semua pengendali makanan di sektor perkhidmatan dan industri makanan. Kursus ini juga menekankan aspek-aspek asas dalam kebersihan dan keselamatan makanan, termasuk diri pengendali dan premis makanan.
Perserta kursus ditekankan supaya mematuhi SOP Normal Baharu sepanjang mengikuti kursus di PIK Gong Kulim.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: