Microsoft Word – Surat Rasmi
17 Mei 2021 | Aktiviti TerkiniPada 16 Mei 2021, PIK Gong Kulim telah mengadakan satu kelas Microsoft Word kepada salah seorang komuniti sekitar dimana beliau memerlukan tunjuk ajar daripada staf PIK untuk menaip surat rasmi menggunakan komputer. Beliau terlebih dahulu menghubungi salah seorang staf pik untuk membuat janji temu sebelum kelas secara bersemuka berlangsung.
Terlebih dahulu staf PIK memberi sedikit penerangan berkaitan dengan Microsoft Word sebelum kelas menaip surat rasmi dimulakan. Seterusnya, beliau di ajar format untuk mencipta surat rasmi dengan betul. Staf PIK juga turut memberi tunjuk ajar bagaimana untuk menyimpan Salinan surat rasmi tersebut ke dalam Whatsapp Web. Beliau diajar bagaimana untuk menggunakan whatsapp web dengan menggunakan computer. Kelas yang berlangsung selama 1 jam di Bilik Latihan, PIK Gong Kulim masih menitik-beratkan pematuhan SOP sepanjang tempoh PKP.
Dengan adanya kelas-kelas ICT di Pusat Internet Komuniti, secara langsung dapat membantu komuniti serta pelajar-pelajar sekitar Pusat Internet Komuniti mengenali serta mempelajari asas menggunakan komputer dan internet untuk menyelesaikan tugas harian. Secara tidak langsung dapat melahirkan lebih ramai golongan ibu bapa dan pelajar yang celik IT sejajar dengan arus kemodenan masa kini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: