Daftar Akaun SSM EZBIZ & Whatsapp Web
14 Disember 2021 | Aktiviti TerkiniPada 13 Disember 2021, seorang komuniti sekitar PEDi Gong Kulim telah menghubungi kakitangan PEDi untuk membuat janji temu untuk membuat pendaftaran SSM Ezbiz untuk perniagaan beliau. Beliau memohon tunjuk ajar kakitangan PEDi untuk membantunya kerana beliau kurang arif dengan komputer dan pengisian secara dalam talian.
Puan Aziha di beri tunjuk ajar bagaimana untuk membuat carian permohonan yang beliau ingin mohon di dalam Google. Puan Aziha turut diberi penerangan tentang pengisian data dan kata laluan yang tepat dan selamat untuk akaun SSM Ezbiz beliau. Selain daripada itu, Puan Aziha juga di ajar cara untuk menggunakan whatsapp web di mana memerlukan beliau untuk muat turun gambar yang diperlukan bagi melengkapkan pendaftaran tersebut. Kelas secara personal yang berlangsung selama 1 jam di PEDi Gong Kulim masih menitik-beratkan pematuhan SOP sepanjang tempoh PKP.
Dengan adanya kelas-kelas ICT di Pusat Ekonomi Digital (PEDi), secara tidak langsung dapat membantu komuniti serta pelajar-pelajar sekitar PEDi mengenali serta mempelajari asas menggunakan komputer dan internet untuk menyelesaikan tugas harian. Secara tidak langsung juga dapat melahirkan lebih ramai golongan ibu bapa dan pelajar yang celik IT sejajar dengan arus kemodenan masa kini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: