Daftar Permohonan MyKasih Kapital
15 April 2021 | Aktiviti TerkiniPada 15 April 2021, seorang komuniti sekitar PIK Gong Kulim telah menghubungi kakitangan PIK untuk membuat janji temu untuk mengisi Pendaftaran MyKasih Kapital secara dalam talian. Beliau memohon tunjuk ajar kakitangan PIK untuk membantunya kerana beliau kurang arif dengan komputer dan pengisian secara dalam talian.
Puan Zamilah di beri tunjuk ajar bagaimana untuk membuat carian permohonan yang beliau ingin mohon di dalam Google lebih dahulu. Puan Zamilah juga memerlukan bantuan daripada staf PIK untuk mengisi maklumat yang diperlukan menggunakan sistem Google Form. Staf PIK membantu Puan Zamilah mendaftar permohonan sehingga selesai. Kelas secara personal yang berlangsung selama 1 jam di PIK Gong Kulim masih menitik-beratkan pematuhan SOP sepanjang tempoh PKP.
Dengan adanya kelas-kelas ICT di Pusat Internet Komuniti, secara langsung dapat membantu komuniti serta pelajar-pelajar sekitar Pusat Internet Komuniti mengenali serta mempelajari asas menggunakan komputer dan internet untuk menyelesaikan tugas harian. Secara tidak langsung juga dapat melahirkan lebih ramai golongan ibu bapa dan pelajar yang celik IT sejajar dengan arus kemodenan masa kini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: