ICT - Kelas Menaip
14 Ogos 2021 | Aktiviti TerkiniPada 13 Ogos 2021, PIK Gong Kulim telah mengadakan satu kelas ICT kepada salah seorang ahli PIK Gong Kulim iaitu kelas menaip dengan betul. Sepanjang kelas berlangsung,staf PIK memberi tunjuk ajar kepada peserta cara kedudukan jari di papan kekunci supaya dapat melatih peserta menaip dengan tepat dan pantas tanpa melihat papan kekunci. Peserta diajar fungsi serta simbol-simbol yang terdapat di papan kekunci dan juga di dalam Microsoft Word. Selain daripada itu, peserta juga diberi satu tugasan di mana memerlukan beliau menaip kembali satu contoh karangan mengikut format-format yang betul. Kelas tersebut berlangsung selama satu jam dan mengikuti SOP yang telah ditetapkan di mana peserta tersebut dikehendaki menulis nama dan bacaan suhu di ambil sebelum kelas bermula. Peserta juga turut di wajibkan untuk memakai mask sepanjang berada di dalam premis PIK.
Sepanjang tempoh PKP, PIK Gong Kulim telah beropeasi secara terhad di mana para pengunjung yang ingin menggunakan kemudahan di PIK hendaklah membuat janji temu terlebih dahulu dan jumlah pengunjung hanya 5 orang sahaja. Sepanjang berada di dalam premis , para pengunjung dikehendaki sentiasa memakai penutup muka dan hidung dan menjaga penjarakan fizikal yang telah di tetapkan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: